Isnin, 15 Ogos 2011

Macam mana OBGYN?penat tapi enjoy!!!

Lega tul rasanya dah kat bandar balik,kat kampung banyak tul patient.Tapi pengalaman keje kat kampung untuk bahagian OBGYN ni agak menarik.

Aritu aku dapat posting kat 2 kampung.Kalau dari cerita2 lagenda kat sini tempat aku tu adalah tempat yang paling banyak patient tuk OBGYN.Kalau kau dah habis tempat tu memang kau dah tahap specialist la.Semua benda kau buat sendiri,doctor just guide sikit2 je.Mula2 aku cam..ah..tak mungkin ar kau lahirkan baby doctor tak guide kau..Sekali first day aku sampai je kat kampung tu aku dah kena lahirkan bayi songsang+mati dalam kandungan.Damnnn..

Perjalanan dari bandar tempat umah aku ni ke sana dalam lebih kurang 2-3 jam..Kebas bontot gak naik motor ke sana,sekarang lak musim hujan n tempat tu lokasi dia kat tempat tinggi cam cameroon highland memang mencabar.Aku nye lesen moto lak mati,bawak 120km per jam(sorry,keyboard aku dah rosak,tak ley tekan slash,haha)kena tahan polis.Malang tul.Tapi aku buat muka confident je.'pak.saya lagi buru2 ni ke rumah sakit,sim(lesen) nya ketinggalan ni pak..tapi ada ibu yang mau melahirkan di sana,saya doctor di rumah sakit..Polis tu buat muka serba salah,dia lepaskan je aku..fuhh..selamat

Sampai2 je kat sana aku dah kena oncall..siot..penat tak hilang g.."dik..pakai scout,kita lahirkan bayi yang mati dalam kandungan dan songsang'..ok..aku tak pernah lahirkan budak ni..pe kejadah aku nak buat..baca buku dengan kau berada dalam situasi sebenar lain feelin dia.

Aku siap2 ar semua,pakai kasut getah,handschoen,duk tegak kat tepi..ingat2 balik teori dari buku(syndrome budak first day posting departmen baru-blurrr)

Yuk2..ambil gunting..epis perineum nya dik(perineum tu tempat antara vagina dengan lubang buntut atau anus).zassss..menjerit ibu tu...tu aku dah biasa sebab aku dah masuk ER..yang tak biasa bila kena tarik bayi tu keluar..bila sungsang..kepala dia mesti tersangkut kat kemaluan ibu.Sadis gua cakap sama lu.

Doctor dah amik posisi duk kat atas..dia tolak bayi tu dari perut ibu sebab contraction ibu yang kita panggil his gila babi lemah..aku dah damn...segala teknik dah keluar tapi still tak ley gak..Dalam 5 orang handle nak keluarkan kepala bayi tersangkut tu.Tarik punya tarik sampai berpeluh2 sekali terpancut air ketuban dengan darah.Mandi semua orang pagi2 buta tu.Ibu tu aku tengok dah setengah mati menjerit2..kesian weyh..yang derhaka kat ibu ni,memang kena bawak g tengok camne orang melahirkan.

Kebanyakan orang kat sana beragama hindu,aku plak Islam dan orang Malaysia lak tu,agak susah nak cari makan,kat malaysia dah terbiasa dengan hidup yang agak senang,kat sana semua benda terbatas.Jadi kau rasa cam x selesa ar awal2.Air pun takde dalam bilik,aku mandi kat kantin je,kadang2 bangun pagi tak mandi,ni kisah benar.Pesan aku kalau kau bersendirian pergi ke tempat orang yang majoriti agama lain,kau cari la masjid,kat sana diaorang layan kau cam keluarga.Kau yang didahulukan,aku kat sana baik dengan orang2 muslim,siap suruh azan lagi walaupun ramai orang lain,dah la aku dah lama tak azan kat masjid,pakai speaker besar lak tu,gigil kepala lutut.

kat kampung yang pertama tu nama tempat dia kararangasem,ada Dr Miko,dia ni dah tahap doctor senior,ada gak dr satriya.dr satriya ni bawah dia satu tingkat,pastu dr mayun kedua bawah,yang junior lak dr tjok.semua dokter ni residen term tuk doctor yang tengah sambung belajar tuk specialist.Dokter specialist ada dua..Dr teguh dengan Dr Parwata..banyak g kisah lucu dan haram jadah pasni akan keluar..Bersambung eh..
















.








1 ulasan:

Neerza Azreen berkata...

wau..pengalaman yang sangat menarik..good job zal!

Catat Ulasan