Sabtu, 20 Ogos 2011

Hai scorpio

Arini aku sangat2 piss off..marah gila bab sebab kat hospital baru aku ni takde dokter residen,semua perawat dengan bidan je yang ada..pastu student2 bidan pun banyak...aku tak ley buat benda2 yang sepatutnya aku buat cam kat tempat lain..semua dia bagi budak bidan tuk ambil persalinan.kalau aku dah marah tu selalunya aku akan diam n blah.Lantak kau la nak cakap aku malas atau keras kepala ke.Aku jadi med stud bukan setakat nak anamnesis n tulis form2 yang menyenangkan keje kau je.Mungkin tu la salah satu sebab kenapa bila med stud dah jadi dokter diaorang tak layan sangat nurse.Sebab nurse ni bila dengan med stud je nak tunjuk hebat walaupun cakap meraban2 je takde bukti saintifik pun.

Tapi sebab orang tua aku hormat ar kan.Aku malas nak cerita banyak bila banyak prosedur tak sesuai evidence based.Bila kita bagi tau diaorang taknak dengar.yah..buat la semua..meyh aku tido..aku pernah tinggalkan tempat persalinan bila ada bidan yang membebel tak tentu pasal..pastu tau plak nak cari aku balik bila bayi tak keluar2..aku pernah tinggalkan ruang operasi bila ada dokter residen junior yang racist dengan aku..tapi sebab chief dah kamcing dengan aku..dia yang kuar..aku dengan chief yang lead SC.

Dengan aku senang je..kalau kau tak perlukan apa yang aku dah bagi..aku blah je..aku memang jenis tak banyak cakap.Waktu muda boley ar nak argue sampai sakit2 tekak..tapi dah tua2 ni malas nak layan.Banyak g benda aku ley buat dari benda2 kecik cemtu.

Aku dah jadi senior aku tak pernah lokek ar nak bagi ilmu,tak kisah ar kau adik bidan ke atau budak medik,tapi setiap profesi tu beza2 beb,kau kena bagi lebih peluang pada budak medik tuk buat keje sebab bila ada hal2 yang menimbulkan komplikasi baru ar kau terhegeh2 nak cari dokter,tapi kalau junior2 aku tak pernah tengok persalinan normal,camne diaorang nak handle bila ada komplikasi?

Scorpio paling tak suka bila kebebasan dia dirampas dan paling menyampah bila ada orang membebel kat dia.Rasa nak pecah je gegendang telinga bila dengar.Dia akan buat apa je yang dia rasa betul tanpa mengira kritikan orang lain.Bukan bermaksud scorpio ni keras kepala.Tapi keyakinan diri dia tu setinggi gunung everest.

Kalau kau berkawan dengan scorpio kau akan rasa seperti di syurga atau pun di neraka,takde tengah2.Scorpio paling suka tolong orang lain n sangat menjaga orang yang paling dia sayang.Tapi sekali kau da buat scorpio rasa ragu n tak percaya..sampai bila pun kau takkan dapat balik kepercayaan dia.Ataupun kau buat scorpio sakit hati,dia akan sentiasa memikirkan cara yang terbaik tuk buat berkali ganda kau sakit hati.Kalau kau mintak tolong dari scorpio walaupun dia sangat sibuk ataupun takde duit tuk memberi pasti ada cara lain yang dia akan buat tuk membantu kau.Dan jika dia mencintai seseorang,walau seluruh dunia menghalng,dia akan memegang tangan kau dan berkata,hanya Tuhan yang dapat memisahkan kita.Agak over..tapi betul..haha










1 ulasan:

Neerza Azreen berkata...

Berdiam lebih baik dari berdebat..boleh timbulkan amarah yang sangat tinggi n jadi punca pergaduhan...(hati ikhlas, pasti akan dibalas) hehe

Catat Ulasan