Selasa, 30 Ogos 2011

kita tak ley dapat semua

Orang kata dalam hidup kita tak ley dapat semua..pasti ada yang perlu dikorbankan

Kalau kau berjaya dalam kerjaya pasti kehidupan peribadi kau jadi sangat sucks

Itu orang kata,tapi aku rasa ada betul gak..kalau kau terlalu memikirkan hal peribadi..kau pasti tak ley concentrate tuk bekerja..dan sebaliknya juga..

Aku tak ingin menjadi yang terbaik..tapi aku selalu mencuba yang terbaik..dan akan sampai satu tahap kau akan jadi obses bila benda itu mampu tuk menutup kesedihan dan kekosongan hati kau.

Obsesi tuk menyelesaikan sesuatu yang misteri,obsesi tuk melihat senyuman yang selama ni hilang dari mereka yang sakit bertahun2 lamanya..obsesi tuk membuat sesuatu yang kau pun tak tau kenapa kau sangat ingin melakukannya.

Tapi risiko dari obsesi ni sangat besar kesannya pada kehidupan peribadi aku pada akan datang.Mungkin aku da bersedia..sebab aku dah lama memikirkannya..

ok..departmen bedah lagi 2 minggu..exam obgyn dah dekat..semoga semua berjalan lancar..selamat hari raya..maaf zahir batin!!!




Isnin, 22 Ogos 2011

flop-pop-pee

tiba2 ada budak pompuan cakap kat aku..

eh faizal..kau da tak jiwang cam dulu la...dah tak best cakap dengan kau..sepatah je keluar dari mulut.

maybe..

sebab makin lama makin malas fikir pasal cinta.

tapi lately ni aku suka main lagu flop poppy.

paling baru?dapat kad raya dari family..paling best bila adik aku tulis sendiri kad raya kat aku..terharu..cam nak menitik gak air mata..hahaha..damn..rindu family ar..setahun je g..

dan aku masih bermimpi disini.





Sabtu, 20 Ogos 2011

Hai scorpio

Arini aku sangat2 piss off..marah gila bab sebab kat hospital baru aku ni takde dokter residen,semua perawat dengan bidan je yang ada..pastu student2 bidan pun banyak...aku tak ley buat benda2 yang sepatutnya aku buat cam kat tempat lain..semua dia bagi budak bidan tuk ambil persalinan.kalau aku dah marah tu selalunya aku akan diam n blah.Lantak kau la nak cakap aku malas atau keras kepala ke.Aku jadi med stud bukan setakat nak anamnesis n tulis form2 yang menyenangkan keje kau je.Mungkin tu la salah satu sebab kenapa bila med stud dah jadi dokter diaorang tak layan sangat nurse.Sebab nurse ni bila dengan med stud je nak tunjuk hebat walaupun cakap meraban2 je takde bukti saintifik pun.

Tapi sebab orang tua aku hormat ar kan.Aku malas nak cerita banyak bila banyak prosedur tak sesuai evidence based.Bila kita bagi tau diaorang taknak dengar.yah..buat la semua..meyh aku tido..aku pernah tinggalkan tempat persalinan bila ada bidan yang membebel tak tentu pasal..pastu tau plak nak cari aku balik bila bayi tak keluar2..aku pernah tinggalkan ruang operasi bila ada dokter residen junior yang racist dengan aku..tapi sebab chief dah kamcing dengan aku..dia yang kuar..aku dengan chief yang lead SC.

Dengan aku senang je..kalau kau tak perlukan apa yang aku dah bagi..aku blah je..aku memang jenis tak banyak cakap.Waktu muda boley ar nak argue sampai sakit2 tekak..tapi dah tua2 ni malas nak layan.Banyak g benda aku ley buat dari benda2 kecik cemtu.

Aku dah jadi senior aku tak pernah lokek ar nak bagi ilmu,tak kisah ar kau adik bidan ke atau budak medik,tapi setiap profesi tu beza2 beb,kau kena bagi lebih peluang pada budak medik tuk buat keje sebab bila ada hal2 yang menimbulkan komplikasi baru ar kau terhegeh2 nak cari dokter,tapi kalau junior2 aku tak pernah tengok persalinan normal,camne diaorang nak handle bila ada komplikasi?

Scorpio paling tak suka bila kebebasan dia dirampas dan paling menyampah bila ada orang membebel kat dia.Rasa nak pecah je gegendang telinga bila dengar.Dia akan buat apa je yang dia rasa betul tanpa mengira kritikan orang lain.Bukan bermaksud scorpio ni keras kepala.Tapi keyakinan diri dia tu setinggi gunung everest.

Kalau kau berkawan dengan scorpio kau akan rasa seperti di syurga atau pun di neraka,takde tengah2.Scorpio paling suka tolong orang lain n sangat menjaga orang yang paling dia sayang.Tapi sekali kau da buat scorpio rasa ragu n tak percaya..sampai bila pun kau takkan dapat balik kepercayaan dia.Ataupun kau buat scorpio sakit hati,dia akan sentiasa memikirkan cara yang terbaik tuk buat berkali ganda kau sakit hati.Kalau kau mintak tolong dari scorpio walaupun dia sangat sibuk ataupun takde duit tuk memberi pasti ada cara lain yang dia akan buat tuk membantu kau.Dan jika dia mencintai seseorang,walau seluruh dunia menghalng,dia akan memegang tangan kau dan berkata,hanya Tuhan yang dapat memisahkan kita.Agak over..tapi betul..haha










Isnin, 15 Ogos 2011

Macam mana OBGYN?penat tapi enjoy!!!

Lega tul rasanya dah kat bandar balik,kat kampung banyak tul patient.Tapi pengalaman keje kat kampung untuk bahagian OBGYN ni agak menarik.

Aritu aku dapat posting kat 2 kampung.Kalau dari cerita2 lagenda kat sini tempat aku tu adalah tempat yang paling banyak patient tuk OBGYN.Kalau kau dah habis tempat tu memang kau dah tahap specialist la.Semua benda kau buat sendiri,doctor just guide sikit2 je.Mula2 aku cam..ah..tak mungkin ar kau lahirkan baby doctor tak guide kau..Sekali first day aku sampai je kat kampung tu aku dah kena lahirkan bayi songsang+mati dalam kandungan.Damnnn..

Perjalanan dari bandar tempat umah aku ni ke sana dalam lebih kurang 2-3 jam..Kebas bontot gak naik motor ke sana,sekarang lak musim hujan n tempat tu lokasi dia kat tempat tinggi cam cameroon highland memang mencabar.Aku nye lesen moto lak mati,bawak 120km per jam(sorry,keyboard aku dah rosak,tak ley tekan slash,haha)kena tahan polis.Malang tul.Tapi aku buat muka confident je.'pak.saya lagi buru2 ni ke rumah sakit,sim(lesen) nya ketinggalan ni pak..tapi ada ibu yang mau melahirkan di sana,saya doctor di rumah sakit..Polis tu buat muka serba salah,dia lepaskan je aku..fuhh..selamat

Sampai2 je kat sana aku dah kena oncall..siot..penat tak hilang g.."dik..pakai scout,kita lahirkan bayi yang mati dalam kandungan dan songsang'..ok..aku tak pernah lahirkan budak ni..pe kejadah aku nak buat..baca buku dengan kau berada dalam situasi sebenar lain feelin dia.

Aku siap2 ar semua,pakai kasut getah,handschoen,duk tegak kat tepi..ingat2 balik teori dari buku(syndrome budak first day posting departmen baru-blurrr)

Yuk2..ambil gunting..epis perineum nya dik(perineum tu tempat antara vagina dengan lubang buntut atau anus).zassss..menjerit ibu tu...tu aku dah biasa sebab aku dah masuk ER..yang tak biasa bila kena tarik bayi tu keluar..bila sungsang..kepala dia mesti tersangkut kat kemaluan ibu.Sadis gua cakap sama lu.

Doctor dah amik posisi duk kat atas..dia tolak bayi tu dari perut ibu sebab contraction ibu yang kita panggil his gila babi lemah..aku dah damn...segala teknik dah keluar tapi still tak ley gak..Dalam 5 orang handle nak keluarkan kepala bayi tersangkut tu.Tarik punya tarik sampai berpeluh2 sekali terpancut air ketuban dengan darah.Mandi semua orang pagi2 buta tu.Ibu tu aku tengok dah setengah mati menjerit2..kesian weyh..yang derhaka kat ibu ni,memang kena bawak g tengok camne orang melahirkan.

Kebanyakan orang kat sana beragama hindu,aku plak Islam dan orang Malaysia lak tu,agak susah nak cari makan,kat malaysia dah terbiasa dengan hidup yang agak senang,kat sana semua benda terbatas.Jadi kau rasa cam x selesa ar awal2.Air pun takde dalam bilik,aku mandi kat kantin je,kadang2 bangun pagi tak mandi,ni kisah benar.Pesan aku kalau kau bersendirian pergi ke tempat orang yang majoriti agama lain,kau cari la masjid,kat sana diaorang layan kau cam keluarga.Kau yang didahulukan,aku kat sana baik dengan orang2 muslim,siap suruh azan lagi walaupun ramai orang lain,dah la aku dah lama tak azan kat masjid,pakai speaker besar lak tu,gigil kepala lutut.

kat kampung yang pertama tu nama tempat dia kararangasem,ada Dr Miko,dia ni dah tahap doctor senior,ada gak dr satriya.dr satriya ni bawah dia satu tingkat,pastu dr mayun kedua bawah,yang junior lak dr tjok.semua dokter ni residen term tuk doctor yang tengah sambung belajar tuk specialist.Dokter specialist ada dua..Dr teguh dengan Dr Parwata..banyak g kisah lucu dan haram jadah pasni akan keluar..Bersambung eh..
















.








Selasa, 2 Ogos 2011

kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali

mencintaimu aku tenang
memilikimu aku ada
di setiap engkau membuka mata
merindukanmu selalu ku rasakan
selalu memelukmu penuh cinta
itu yang selalu aku inginkan
kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti

kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
ku mencintaimu selalu
menyayangimu sampai akhir menutup mata
kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti